Wednesday, 25 December 2013

Nasyid Best Punyer :) (SMK Wangsa Maju)

huuuuu...uuuu..uuuuu..uuuu..
huuu..uu.uuu... 2X


islam menuntut kita bersuci,
bersih diri jiwa sekali,
agar ibadat terima ilahi,
agar didunia akhirat nanti..

Berhias bersuci.. amalan nabi..
tuntutan tuhan.. rabbul izzati..

mandi.. bersugi,. amalan seharian
aurat dijaga lambang keimanan
quran dan hadis jadi amalan..
jadi pedoman sepnjang zaman..

jiwa yang bersih.. wajah berseri..
itu tanda mukmin sejati..

emas sutera.. penghias diri ..
untuk wanita bukan lelaki..
memotong kuku tangan dan kaki
sunat dibuat seminggu sekali..

be .. ourself.. its our daily duty,.
be.. ourself.. its our personality

maruah diri cerminan peribadi..
sifat mazmumah hidari dari
sifat mahmudah kita suburi
akhlak terpuji hidup harmoni..

bermaruah..diri..
berhemah..tinggi..
syahsiah..terpuji...
ibadat..diberkati..

emas sutera.. penghias diri ..
untuk wanita bukan lelaki..
memotong kuku tangan dan kaki
sunat dibuat seminggu sekali..

be .. ourself.. its our daily duty,.
be.. ourself.. its our personality

maruah diri cerminan peribadi..
sifat mazmumah hidari dari
sifat mahmudah kita suburi
akhlak terpuji hidup harmoni..


https://www.youtube.com/watch?v=a3GblW6L3tA

Monday, 23 December 2013

Susu Terakhir Buat Si Kecil :'(

<3 Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA 




Muslimah Solehah





Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."




1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

2.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

3.Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

5.Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 

6.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 

7.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan 
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. 

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. 

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Mari Muhasabah diri..

Ini adalah salah satu kisah yang membuka mata saya.. coretan ini telah ditulis oleh seorang pemuda yang semakin lama semakin menjumpai jalan yang dia harus tuju.. selamat membaca :)

Copy Paste Perkongsian
Muhasabah bersama:

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 7A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai pembaca madahku ini...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?

Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung tuan semua bangga sebab tuan dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari tuan semua?

Selama berbelas-belas tahun hamba telah bazirkan masa hamba untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dajjal, dan hamba tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja...

"Pujian" tu semua tak boleh hamba makan, tak boleh tutup aurat hamba, tak boleh hilangkan dahaga hamba, tak boleh sembuhkan penyakit hamba.

Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat....

Nak beli gula-gula Hacks pun tak boleh dengan "pujian" tu...

Bahkan nak buang air kecil kat tandas awam yang kena bayar 30sen pun tak boleh dibayar dengan "pujian" tu....

Totally damn useless...

Maka adalah bodoh sejuta tingkat bagi orang yang siang malamnya didekasikan untuk dunia semata-mata untuk dapat pujian masyarakat...

Melainkan jika ianya pujian kebanggaan daripada ibu kalian kerana khidmat kalian atas agama...

"Pujian" itu menjadi sangat bermakna kerana kelak di akhirat juga ia akan menjadi sesuatu yang bakal Rasulullah puji...

Maka hamba menyeru, tak kiralah tuan ini budak pondok ke, madrasah ke, pelajar U ke, doktor ke, pensyarah ke, Perdana Menteri ke...

Janganlah jadi bodoh dengan merasa gembira akan pujian...

Dan janganlah menjadi bodoh dengan merasa marah dengan celaan...

Buatlah kerja masing-masing kerana keredhaan Allah...

Dan untuk menjadi kebanggaan Rasulullah...

Hamba menangis untuk diri hamba yg jahil ini,
Kerana hamba hidup ketika zaman itu,
Bukan kerna hamba salahkan zaman,
Tapi kerna hamba sedar akan kelemahan iman.

Memang hamba tak mampu mengubah umat...
Tapi hamba mampu mencoretkan sebuah tulisan...
Ketika dunia ini semakin hari semakin tenat... dn ini sekadar renungan bersama dn bkn untuk menyidir sesiapa pn.. hamba cuma menyampaikan..





10 nasihat Ibrahim bin Adham

Suatu ketika Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal zuhud dan wara’nya, melewati pasar yang ramai. Selang beberapa saat beliau pun dikerumuni banyak orang yang ingin minta nasihat. Salah seorang di antara mereka bertanya, “Wahai Guru! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahawa Dia akan mengabulkan doa hamba2-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?”

Ibrahim bin Adham diam sejenak lalu berkata, “Saudaraku sekalian. Ada sepuluh hal yang menyebabkan doa kalian tidak dijawab oleh Allah.

pertama, kalian mengenal ALLAH, namun TIDAK MENUNAIKAN hak-hak-Nya.
Kedua, kalian membaca AL-QURAN, tapi kalian TIDAK MAU MENGAMALKAN isinya.
Ketiga, kalian mengakui bahwa IBLIS adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan RELA hati kalian mengikuti jejak dan perintahnya.
Keempat, kalian mengaku mencintai RASULULLAH, tetapi kalian SUKA MENINGGALKAN ajaran dan sunnahnya.
Kelima, kalian sangat menginginkan SYURGA, tapi kalian TIDAK PERNAH melakukan amalan ahli SYURGA.
Keenam, kalian takut dimasukkan ke dalam NERAKA, namun kalian dengan senangnya sibuk dengan PERBUATAN ahli neraka.
Ketujuh, kalian mengaku bahwa KEMATIAN pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan BEKAL untuk menghadapinya.
Kelapan, kalian sibuk mencari AIB orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan DIRI kalian sendiri.
Kesembilan, kalian setiap hari memakan REZEKI Allah, tapi kalian lupa MENSYUKURI nikmat-Nya.
Kesepuluh, kalian sering menghantar JENAZAH ke kubur, tapi tidak pernah menyedari bahwa kalian akan MENGALAMI hal yang serupa.”

Setelah mendengar nasIhat itu, orang-orang itu menangis.

Dalam kesempatan lain Ibrahim kelihatan murung lalu menangis, padahal tidak terjadi apa-apa. Seseorang bertanya kepadanya. Ibrahim menjawab, “Saya melihat kubur yang akan saya tempati kelak sangat mengerikan, sedangkan saya belum menyiapkan diri saya ke arah itu. Saya melihat perjalanan di akhirat yang begitu jauh, sementara saya belum punya bekal apa-apa. Serta saya melihat Allah mengadili semua makhluk di Padang Mahsyar, sementara saya belum mempunyai alasan yang kuat untuk mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan saya selama hidup di dunia.”

Hebatnya wanita :)

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.


Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.


Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.


Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?

Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…

Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?

Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.

Kembali ke Alam Nyata dan ingin Berubah

assalamualaikum w.b.t..
saya ingin memulakan menulis blog ini bkan utk meraih simpati.. bkn untuk mencari pasangan.. tp.. untk berkongsi pengalaman hidup dan ape yang sedang dialami.. semoga kalian gembira membaca blog ini